BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 11, 2009

Praise to Allah..

Alhamdulillah,
result sem 1 dah keluar..syukur sangat3..
TAHNIAH buat kawan2..lebih2 lagi warga Qs1C!
x lupa juga sahabat Xgen sekalian..
angah+ude+miza+dll
bagi yang kurang memuaskan, jangan putus asa
kita dah usaha..dah buat our very best kan?
cuba lagi untuk sem 2 nanti
setiap apa yang kita dapat adalah yang terbaik untuk diri kita
bangga & happy atas kejayaan yang lain
Semua memang terbaik!

Tuesday, December 8, 2009

Whatever..

There are 4 people named
Everybody
Somebody
Anybody
Nobody

There was an important job to be done
and everybody was asked to do it.
everybody was sure somebody could do it.
anybody could have done
but nobody do it.
somebody so angry with that because
it was everybody job.
everybody thought that
anybody could do it
but nobody realized that
everybody wouldn't do it.
It ended up that everybody
blamed somebody when nobody
did what anybody could have done.
~teeet~

Tuesday, December 1, 2009

diubah.berubah.perubahan

Manusia boleh berubah dengan apa juga cara,
disebabkan apa juga keadaan yang berlaku.
Boleh jadi berubah kerana musibah,
boleh jadi kerana dipimpin orang yang tersayang,
boleh jadi kerana tersedar sendiri dari lena yang panjang,
boleh jadi kerana hati tersentuh
oleh ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran.

Namun,
yang nyata Allah jugalah yang mengetuk
pintu-pintu hati itu untuk berubah.
Untuk lebih mengingatiNya.
Tidak hanya bertitik noktah pada
solat lima waktu dan puasa Ramadhan.
Tapi lebih daripada itu.
Dan bila begitu,
apa yang hendah rugi?
Memang sesungguhnya dengan mengingati Allah
hati itu akan menjadi tenang.
Biar apa yang melanda
dapat diterima dengan lapang.
Mengingati Dia di waktu susah dan senang.
Apabila hati telah diketuk begitu,
hanya terpulang pada diri
untuk buka pintu atau tidak.

Kita belajar dengan ujian,
kita belajar untuk menerima ketentuan,
kita belajar untuk yakin pada janji Tuhan,
kita belajar untuk faham erti,
memahami erti kasih sayang.
Kita belajar dari segalanya,
yang kembali membawa kita kepada Dia
tidak kira jika belok ke selatan
atau ke utara sekalipun.
_hlovate_

P/s buat classmates ku: bak kata awak, nak berubah ni makan masa sebab hati awak belum terbuka nak lakukan perubahan tu. tapi kalau nak tunggu hati kita digerakkan olehNya kita x tahu bila, kan? jadi x salah jika USAHA berubah untuk buat yang lebih baik tu. moga2 apa yang diusahakan tu mendapat keberkatan Allah dan juga awak istiqamah, x ada keraguan atau rasa apa2 lagi..insyaAllah. ok? ingat, biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. selamat berusaha yer!

Saturday, November 28, 2009

'Eid..

sebelum terlambat..
nak ucap
SALAM AIDIL ADHA
kepada sahabat handai, kaum keluarga,
muslimin & muslimat dan seluruhnya

Sunday, November 15, 2009

Selamat menduduki peperiksaan adik2 II..


selamat berjuang bagi pelajar2 Spm..
semoga dipermudahkan segala urusan
Doa+usaha+ikhtiar+tawakal
buat yang terbaik
semoga beroleh kejayaan yang cemerlang!

p/s untuk adikku amirah: chaiyok2..semua orang yakin angah boleh..confident, jangan takut2 selagi belum mencuba. kalau dah usaha, doa untuk dapat hasil yang diinginkan. insyaAllah, u can do it!

Sunday, October 25, 2009

Pecutan akhir..

utk sem Jul-Nov09..
28/10/2009
BEL 120
31/10/2009
QSD133 - PRINCIPLE OF STRUCTURE
3/11/2009
CTU 101
5/11/2009

QSD131 - MEASUREMENT OF CONSTRUCTION I
QSD136 - PRINCIPLE OF ECONOMY
11/11/2009
QSD131 - MEASUREMENT OF CONSTRUCTION II
14/11/2009
QSD132 – CONSTRUCTION TECHNOLOGY


Semakin besar cita-cita, semakin mengecil masalah.
Cita-cita yang besar datang daripada jiwa yang besar.
Jiwa yang besar datang daripada keyakinan dan keimanan yang kuat!
insyaAllah..buat yang terbaik!!
Untuk rakan2 juga, selamat maju jaya dalam exam yer..

Friday, October 9, 2009

Apa kata hati?

Sedang jari ligat menekan setiap punat huruf di papan kekunci, berputar satu lagu yang cukup menyentuh perasaan. “Matahariku” nyanyian Agnes Monica membuatkan terasa ada sesuatu yang ingin dikongsi. Bait-bait lagunya mengisahkan, dia kehilangan seseorang yang begitu bermakna dalam hidupnya. Kemudian dia menutup setiap ruang dalam hatinya untuk menerima insan lain dalam kehidupan seterusnya. Sungguh menyayat hati bukan? Menitis air mata jika dihayati dengan sepenuh perasaan.
Jika kita yang terpaksa menempuh semua itu, mampukah kita untuk bertahan? Sedangkan ‘sumber’ inspirasi utama dalam hidup telah meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Hidup menyendiri mungkin lebih memberi ketenangan dan segala kisah silam menjadi peneman sepanjang hayat. Adakah itu pilihan yang bijak? Menghambakan diri hanya untuk satu kehidupan yang dipanggil kisah silam atau kenangan. Sungguh menyedihkan. Ini kerana, sebagai manusia kita diberi peluang untuk membuat pilihan atas apa yang kita inginkan. Tetapi bukan membuat pilihan ke arah yang akan memusnahkan kehidupan kita suatu hari nanti.
Mungkin lagu itu tidak ada kaitan dengan kehidupan kita kini. Mungkin kita sedang berbahagia bersama orang tersayang. Tidak kira sama ada keluarga, rakan-rakan, kekasih ataupun pasangan hidup. Tetapi, sedarkah kita bahawa mungkin lagu itu akan menjadi teman kita suatu hari nanti. Ini kerana, manusia pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan yang kita sendiri tidak menyangkanya. Contohnya kehilangan apa yang kita miliki kini. Jadi, keputusan dan pilihan yang akan kita buat ketika itu pasti berpandukan kepada kehendak hati. Bukan berasaskan kepada pemikiran yang waras. Lalu, persediaan untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan adalah perlu. Agar kita tidak membuat pilihan yang silap.

Begitu juga dalam pelajaran dan kejayaan. Kejayaan boleh terjadi hanya kerana kita yang memilih untuk berjaya. Caranya adalah dengan melakukan setiap apa yang sepatutnya dilakukan untuk mencapai kejayaan. Mengulang kaji, membuat latih tubi, belajar secara sistematik dengan mempunyai jadual berkala, mematuhi arahan dan suruhan ibu bapa dan guru, mendapatkan keredaan mereka dan sebagainya.
Jika kita mengikuti semua perkara yang mendorong ke arah kejayaan, pasti kita akan berjaya suatu hari nanti. Dan itu merupakan pilihan kita. Tetapi, jika kita sendiri samar-samar dengan pilihan hidup, iaitu kita merasakan ingin berjaya tetapi masih mahukan kehidupan yang mungkin mampu membawa kepada satu kegagalan. Pilihan kita sebenarnya adalah kegagalan. Kegagalan boleh direka dan sangat mudah untuk dilaksanakan. Namun, adalah mustahil jika seseorang itu ingin gagal dalam hidupnya. Dan boleh dikatakan bahawa jika seseorang itu memilih untuk gagal, maka dia sedang menghancurkan dirinya..

sumber dari fokus sept 2009