Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkati Allah
Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatnya
Setiap nafasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkati Allah
Alhamdulillah wa syukurilah
Bersyukur padaMu ya Allah..
Saya dihadiahkan dengan pelangi yang indah selepas kehilangan matahari. Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk meneruskan langkah dalam mengejar cita2. Saya rasa sangat2 gembira..teruja..syukur. :)
InsyaAllah saya cuba tanam azam dan prinsip diri daripada sekarang. Walaupun saya tak tahu apa yang bakal saya hadapi nanti bila masuk dunia baru nanti, tapi saya mesti bersedia dan bersemangat. Semangat..semangat..semangat!! hehe. Tak lama lagi saya akan bergelar mahasiswi di salah satu universiti tempatan dalam bidang Qs. Apa tu?? Quantity surveying..senang cerita, insyaAllah saya akan jadi seorang juruukur suatu hari nanti..doakan saya berjaya yer. Saya takkan lupa kata2 abang2 dan kakak2 sewaktu mengikuti ERAT di UIA.
"Menuntut ilmu dan mengejar cita2 ni bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi mesti untuk memajukan ummah dan mendapatkan keberkatan Allah..tu lagi penting.."
Akhir kalam, tak lupa buat sahabat2 seperjuangan XGEN dan BROTHERHOOD, tahniah bagi yang berjaya mendapat tempat sama ada di matrikulasi, ipta, kolej, oversea, mana2 pun.. Kita buat yang terbaik dan jadi yang terbaik!! Menyerlah jauh dari yang biasa..
No comments:
Post a Comment