Tuesday, December 1, 2009

diubah.berubah.perubahan

Manusia boleh berubah dengan apa juga cara,
disebabkan apa juga keadaan yang berlaku.
Boleh jadi berubah kerana musibah,
boleh jadi kerana dipimpin orang yang tersayang,
boleh jadi kerana tersedar sendiri dari lena yang panjang,
boleh jadi kerana hati tersentuh
oleh ayat-ayat Allah di dalam Al-Quran.

Namun,
yang nyata Allah jugalah yang mengetuk
pintu-pintu hati itu untuk berubah.
Untuk lebih mengingatiNya.
Tidak hanya bertitik noktah pada
solat lima waktu dan puasa Ramadhan.
Tapi lebih daripada itu.
Dan bila begitu,
apa yang hendah rugi?
Memang sesungguhnya dengan mengingati Allah
hati itu akan menjadi tenang.
Biar apa yang melanda
dapat diterima dengan lapang.
Mengingati Dia di waktu susah dan senang.
Apabila hati telah diketuk begitu,
hanya terpulang pada diri
untuk buka pintu atau tidak.

Kita belajar dengan ujian,
kita belajar untuk menerima ketentuan,
kita belajar untuk yakin pada janji Tuhan,
kita belajar untuk faham erti,
memahami erti kasih sayang.
Kita belajar dari segalanya,
yang kembali membawa kita kepada Dia
tidak kira jika belok ke selatan
atau ke utara sekalipun.
_hlovate_

P/s buat classmates ku: bak kata awak, nak berubah ni makan masa sebab hati awak belum terbuka nak lakukan perubahan tu. tapi kalau nak tunggu hati kita digerakkan olehNya kita tak tahu bila, kan? jadi tak salah jika USAHA berubah untuk buat yang lebih baik tu. moga2 apa yang diusahakan tu mendapat keberkatan Allah dan juga awak istiqamah, tak ada keraguan atau rasa apa2 lagi..insyaAllah. ok? ingat, biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. selamat berusaha yer!

No comments:

Post a Comment