Sunday, February 21, 2010

budu ohh budu I

alhamdulillah. segala puji bagi Allah yg telah melimpahkan kurniaNya :)


mid sem break [a week] tak balik rumah di johor terchenta. sebaliknya memanfaatkan cuti yg ada dengan merantau ke negeri orang. rasanya tak pernah lagi saya jejak ke kelantan sejak kali terakhir saya pergi masa zaman jepun dulu [nak menunjukkan lama tu kan..hehe]. saya pun tak ingat bila. first of all, rasa cam tak percaya dah kat sana. agak kekok berada di tempat orang. ye lah, loghat bahasa pun lain. tekak pun tak sama. pastu duduk rumah orang lama pulak tu. aish..masa ni la istanaku di impian emas asyik terbayang2 dalam kepala ni. ditambah dengan rindu yg menggunung tinggi kat family & kawan2. tapi takpe. cuba jugak. kuatkan diri. tentu ada hikmahnya. umi & ayah tak membantah masa saya minta izin dulu. pelik jugak. tetiba bagi green light. dah la takkan balik rumah sampai cuti akhir sem bulan 5 nanti..huhu. saya sahut cabaran umi. jangan kosong je, mesti ada sekali isinya..


eh, lupa pula nak nyatakan tempatnya yang lebih specific. sahabat saya ni menetap kat pasir puteh. kat sini, macam2 saya cuba. macam2 saya tengok. excited jadinya..hehe. makanan2 pun ada yg saya tak pernah makan. contohnya mcm asam celagi [asam jawa] makan dengan cuka+gula+garam. budu??rasa2 gitu je. enough for once! taknak lagi!!huhu. pastu, solok, sambal kelantan [best..rasanya masam2manis+pedas+limau kasturi], kuih bolok..macam2 lagi la..ade yang tak ingat mcmne nk sebut benda tu. kebetulan cuti ni ada majlis perkahwinan abang dia. so boleh nampak la adat yang berbeza mcm biasa kita tengok sebelum ni.


suasana kampung yang seronok. pemandangan yg cantek. udara pun nyaman. sejuk je. lagipun tempatnya dekat dengan pantai. best! saya suke sangat! mcm2 cerita ada..haih~lawak je yg banyak. sebijik mcm rusa masuk kampung je..haha. 
[kisah pokok tembakau takkan ku lupa..keh3]


at last, rasa sedih & sebak bila nak tinggalkan tempat ni. seminggu kat kelantan cukup meninggalkan kesan dalam hati. meninggalkan sebuah memori terindah yg xkan saya lupakan. ukhuwah yg dibina harap berkekalan hingga ke akhirnya. moga2 kita bertemu lagi pada masa akan datang. layanan yg diberikan memang terbaek! hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala budi baik semua. special thanks to my good friends, Atiqah..also to her family. really appreciated! may Allah bless you all..


*insyaAllah, gambar akan menyusul kemudian :)

No comments:

Post a Comment