Thursday, May 13, 2010

infaq

Si peminta pandangan..

Bayangkan di sebuah masjid, seorang kakak menyuruh adiknya untuk jagakan handbag kerana si kakak nak tunaikan solat. usai solat, si kakak terkejut kerana si adik berkata, "akak, adik dah dermakan sikit duit akak masuk tabung masjid ni..". kakak, "alhamdulillah, bagus adik akak. berapa adik masukkan?". adik menjawab, "RM 150 je..". kakak, "ha...hh???"
Apa reaksi anda kalau jadi kakak tu? sebab masa tu kakak tu cuma ada RM 150 je..



dan pandangan mereka..


Muhammad: speechless..then redha.

Nur: yakin setiap yang terjadi ada hikmahnya. mungkin Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik atau lebih banyak daripada jumlah yang ada sebelum ni. syukur juga kerana Allah telah memberi ilham kepada adik tu untuk menderma dengan apa yg dia ada pada saat itu.

Siti: marah sebab dah tu je duit yang ada!!

Ustaz: yakinlah setiap sen yang dikeluarkan untuk kebajikan itu Allah akan menggantikannya dengan berkali ganda hingga 700 kali ganda, jangan risau untuk membuat sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain. belajarlah mengikhlaskan sesuatu kerana Allah.

Si peminta: kalaulah kita jadi macam kakak dalam status kat atas ni..mampu ke kita rasional kalau sesuatu perkara yang macam luar alam tu jadi pada diri kita? mungkin mula2 kita akan speechless, kemudian kita marah dan lepas tu kita mencarut keluar macam2 yang tak patut. tapi betullah macam nur dan ustaz serta orang2 lain yang berikan komen. benda yang baik, redha jelah & yakin yang Allah akan bagi yang lebih baik sebab manusia hidup untuk memberi. harta kita yang sebenarnya adalah harta yang kita infaqkan kepada yang lebih memerlukan. cuma iman sahaja yang mampu menjadikan kita rasional bila kita dilanda musibah..


*sekadar perkongsian..diambil daripada salah satu post sahabat di facebook*
*bukan nama sebenar*

No comments:

Post a Comment