Allah berpesan,
Orang-orang yang beriman dan hati menjadi tenteram dengan mengingati Allah,
ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu hati jadi tenteram
[13:28]
ingatlah bahawa dengan mengingati Allah itu hati jadi tenteram
[13:28]
pelbagai cara dan di mana-mana pun boleh cari. solat. ni yang paling utama. walau dengan siapa pun kita berbicara, dengan siapa pun kita meluahkan perasaan dan dengan apa cara sekalipun kita menyampaikan, hakikatnya, yang mengetahui segala yang ada dalam isi hati ini hanyalah Dia. Dia pemilik hati ini. hanya padaNya sahaja tempat yang sepatutnya kita meminta ketenangan apabila dilanda kekusutan. jadi di dalam solat itulah, kita bertemu denganNya. kita mengadu kepadaNya. kita bercakap denganNya. insyaAllah, bila kita meminta sesuatu dengan bersungguh-sungguh, Allah akan tolong. yakin! Dia Maha Mendengar. then, love letter's compilation yang Allah dah sediakan. Al-Quran. cuba tadabbur dan hayati setiap makna di dalam setiap ayatnya. banyak ayat yang memberi semangat, mengandungi pengajaran dan menegur kesilapan-kesilapan yang perlu diperbetulkan. zikir dan doa. di mana sahaja tempat dan bila-bila masa je kita boleh sebut namaNya. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. tanpa zikir, hati akan mati. kemudian, pergi berjalan-jalan melihat alam sekeliling. lihat ciptaan Allah yang amat luas dan tiada tolok bandingnya. kita menghirup udara segar dan menghayati keindahannya. ketenangan kita dapat, keimanan pun akan bertambah bila kita memuji dan menginsafi kebesaran Allah. pergilah mengembara dan makan angin. semakin jauh perjalanan, semakin luas pemandangan, semakin bertambah ilmu pengetahuan. selain tu, buatlah aktiviti harian yang disukai dalam mencari ketenangan jiwa dengan bersukan, berinteraksi dengan orang lain, melukis dan sebagainya. tapi dengan syarat, dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya tidak terbabas.
Bila diri tenang, telah berpindah..
dari keraguan kepada keyakinan
dari kebodohan kepada ilmu
dari kealpaan kepada dzikir
dari khianat kepada taubat
dari riya’ kepada ikhlas
dari kedustaan kepada kejujuran
dari kelemahan kepada semangat yang membaja
dari sifat ‘ujub kepada ketundukan
dan dari kesesatan kepada ketawadhuan
ketika itulah nafsu telah tenteram dan menjadi muthmainnah
untuk mencapai ke arah jiwa yang tenang, ia bukan suatu yang mudah dan bukan pula suatu yang mustahil. untuk mendapatkannya ia perlu diusaha, dilatih bersungguh-sungguh secara berterusan. insyaAllah! sebenarnya yang di cari terlalu dekat, hanya berada di dalam hati sendiri!
Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya, kembalilah kepada tuhanmu dengan keadaan engkau berpuasa hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (disisi tuhanmu), serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurgaku "
[89:27-30]
p/s untuk sahabatku yang mencari ketenangan: ini terlalu sedikit. tambah lagi dengan bahan bacaan lain. mungkin ada penerangan yang lebih baik. [89:27-30]

No comments:
Post a Comment