ketahuilah, seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan
[Imam Nawawi]
[Imam Nawawi]
mungkin suatu yang pelik. jengkel. aneh. lain bunyi.
haihh..apa lagi yer? yang penting PELIK lah.
tapi tu bagi mereka. persoalan yang mungkin selalu terfikir, tapi segan nak suarakan (i guess)
sebab tak ada yang berani tanya atau tegur. malah, mereka kena atau terpaksa atau lebih selesa guna cara saya.
ok. the point is, 'kenapa aku tak menggunakan aku?'
pelik? tak..sebab rasanya bukan saya seorang je macam tu. ramai lagi kan?
jawapannya senang je.
'mereka akan lagi pelik kalau saya guna aku'.
'mereka tak pernah dengar saya guna aku'
(ini bagi situasi sekarang. hidup yang dikelilingi kawan2 di uitm..you know..)
simple! maybe sebab jarang terkeluar perkataan tu.
bukan tak pernah, tapi dah lama tinggalkan sejak...emm..sejak..emm
rasanya ada lagi perkataan yang lagi sopan, lagi elok bunyinya, lagi sedap telinga mendengar.
so let it goes. biarlah skema pun.
itu diri sakinah. itu yang sakinah selesa. mereka pun selesa kot (harap2nya)
kan lebih baik kalau kita ambil yang lebih baik. kan? :)
another point is, adalah lebih baik dan digalakkan untuk memelihara lidah daripada bercakap perkara yang tidak berfaedah. betul tak? ada hadis menyatakan bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata, hanya kepada perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Jika tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam diri saja. jadi apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri. Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam.
[Riwayat Bukhari & Muslim]
[Riwayat Bukhari & Muslim]
Rasulullah s.a.w ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Syurga. Jawab Baginda: “Taqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan keindahan akhlak.” Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Neraka? Baginda menjawab: “Kejahatan mulut dan kemaluan.” Sabda Rasulullah s.a.w lagi: “Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksaan-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya.”
[Hadis riwayat Ibnu Abib-Dunya]
[Hadis riwayat Ibnu Abib-Dunya]
betul adik..
ReplyDeletetak selesa guna aku..
hanya gunakan nama sendiri dan nama mereka je untuk jadi ganti nama diri..
lebih sopan dan chomel :)
wlaupun hanya perkataan yg biasa tp keselesaan kita lain kn?
ReplyDeleteklau kite pn x kesah org nk ckp aku engkau tp utk kita kluar aku tu x tahu knp x kluar..
hehe..adeq, sep skit!
to sarah: betul3. amat setuju! lebih terjaga juga percakapan kita, kan!
ReplyDeleteto faizah: sep! sep! pun betul. pernah cuba tapi tak menjadi. so baik guna mana yang selesa je :)