jalan-jalan, blogwalking, terbaca perkara ni di blog salah seorang rakan. zuupp. terasa seh! tepat kena batang hidung ni. straight je and no belok-belok pulak tu. habis senget sikit hidung ni [haha merepek! tak lawak langsung]. sebenarnya, apa yang penting nak disampaikan di sini adalah, bagaimana diri kita sekarang? terutamanya bagi golongan hawa, perempuan, wanita, akhawat dan juga muslimah. dalam era dan zaman yang serba moden, pelbagai medium dan alat kita gunakan untuk berkomunikasi. contohnya, telefon bimbit dan internet seperti facebook, myspace dll. adakah diri kita dah cukup baik untuk dikategorikan sebagai orang yang baik? atau lebih tepat lagi, mukminah yang sejati? wanita solehah? kalau ada yang dah baca novel VERSUS by Hlovate, dalam cerita tu masing-masing tanya "macam mana nak jadi baik?" sebab mereka berusaha untuk jadi lebih baik. nak tahu jawapannya, kena check dan baca balik novel tu yer! [sebenarnya saya pun tak ingat sangat. nak tulis takut salah pulak]. maaf zahir batin.
okeh. perkara dibawah ni kita boleh dapat dalam majalah Solusi isu 18. PENCARIAN.
err atiqah, mohon share sikit yer :)
perempuan cantik itu
tidak memandang dan tidak dipandang
perempuan cantik itu
tidak mengenali dan tidak dikenali
perempuan cantik itu
tidak menegur dan tidak ditegur
kerana wanita solehah itu,
lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh
p/s: peringatan banyak untuk diri penulis yang banyak khilaf ni.
No comments:
Post a Comment