“Sebaik-baik perkara adalah tengah-tengahnya (sederhana).”
[Hadis Riwayat Baihaqi]
BERSEDERHANA adalah sebaik-sebaik amalan yang dituntut oleh agama kita. Walau sesiapa pun kita, kita ini sama sahaja pada pandangan Dia. Allah tidak pernah membezakan kita sebagai hamba mengikut pangkat, harta atau pun kejayaan di atas muka bumi ini. Yang dilihat adalah sebanyak mana amalan kita sebagai makhluk yang taat, juga sejauh mana usaha kita dalam mengejar sesuatu impian itu.
Kesederhanaan tidak terhad kepada perbelanjaan saja, tetapi perlu dititikberatkan dalam semua aspek kehidupan termasuk dalam percakapan, pergaulan, beribadat, berpakaian dan menguruskan kerjaya serta kehidupan peribadi.
Kehidupan di dunia dan akhirat hendaklah seimbang kerana kejayaan kehidupan akhirat bergantung kepada kejayaan hidup di dunia terutama dalam mencari reda Allah.
Tidak boleh berat sebelah! :)
lanjut di sini.
p/s: last event was yesterday, a dinner by department. very well event for this sem. but you know, most of the students were over dressy and too 'free', seems there's no limitation amongst them. *including me, maybe* ya Allah, forgive us and remind us when we forget.
No comments:
Post a Comment