Kadang-kadang terasa yang kita ni serba kekurangan jika dibandingkan dengan orang yang lebih daripada kita. Tak kira dari segi ilmu, kehidupan, perilaku, akhlak, kemampuan, harta mahupun kasih sayang. Ini kerana kita sibuk memandang orang yang di atas. Tapi kadang-kadang terlupa yang kita ni lebih beruntung jika dibandingkan dengan orang yang kurang daripada kita. Kita lupa nak pandang orang yang di bawah kita. Mereka sebenarnya sangat perlukan perhatian dan bimbingan. Kalau bukan kita yang hulurkan tangan, siapa lagi?
Semua yang berlaku ada sebabnya. Tapi jangan terlupa,
"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya."
[91:8-10]
Contoh, si A nak berubah. Tapi ada je yang halang si A tu nak buat baik. Buat baik atau tidak, mereka pandang sama je. Sebab tu si A dah malas nak buat baik. Si A salahkan orang yang halang tu dan teruskan buat perkara yang 'kurang baik'. Jadi di sini, jangan salahkan sesiapa jika ada yang menghalang. Allah dah ilhamkan dalam setiap hati. Tinggal diri kita je nak ikut atau tidak. Mungkin salah diri sendiri jugak yang terlalu ikutkan perasaan, terhijab dek akal yang cetek dan syaitan yang sentiasa menghasut. Yang nak berubah tu diri anda, bukan mereka. Jika sesuatu tu buruk, ubahlah jadi yang baik. Jika sesuatu yang baik, tingkatkan jadi lebih baik.
Dedikasi untuk DS TERBAIK;
Adik-adik, semuanya nak berubah nak jadi lebih baik. Jangan jadikan apa-apa pun sebagai penghalang. Biarlah kita berubah sedikit demi sedikit, asalkan kita buat benda baik tu secara berterusan. InsyaAllah, di mata mereka adik-adik tak ada nilai. Tapi penilai yang sebenar-benarnya hanyalah Dia. Ada ganjaranya. Moga sentiasa dilindungi Allah dan dilimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul :)
p/s: terima kasih nawal sebab heret suruh ikut. hee
No comments:
Post a Comment