Terasa lama tak menulis. Faktor utama, kekeringan idea dan kekangan masa. Alhamdulillah, harapnya selama 3 bulan ini, pengalaman dan ilmu semakin bertambah. Tinggal lagi 2 bulan untuk meneruskan perjuangan menempuh semester ini *tak sabar*. InsyaAllah, kena kuat! Moga diberkati usaha dan diampunkan segala dosa. Yelah, cabaran agak besar yang susah kita nak jaga diri, terutama nikmat Allah dah bagi pinjam kat kita. Macam-macam orang jumpa, macam-macam cerita dan macam-macam gosip ada. Astagrfirullah, meskipun mulut ni takde nak menyebut atau bercerita, tapi telinga ni tetap ada mendengar. grr. Ditambah dengan lemakmanis duduk di rumah, segala escort syaitonirrajim dan hawa nafsu semangat nak tiup angin kemalasan berkepul-kepul kat kita. haihh. Kerja pun menimbun menggunung, report di saat akhir baru nak siapkan, lambat pulak nak bekerja dengan pantas bila kerja tu diperlukan segera, macam-macam lagi. double haihh. Jadi pesanan untuk kawan-kawan yang bakal menempuh alam pekerjaan atau praktikal nanti, sila sediakan mental, fizikal dan emosi ye! Kalau boleh, perisai dan pelindung perlu sentiasa diasah supaya dapat maintain dan sentiasa bersedia mengharungi apa jua yang bakal kita tempuh nanti. *iklan kejap*
Alhamdulillah, sedar tak sedar Ramadhan dah hampir ke penghujungnya. Sedih, kerana ia semakin meninggalkan kita. Bulan ini terasa sangat cepat berlalu. Tak cukup sebenarnya tempoh 30 hari ini. Sangat terhad. Agak terkejar-kejar jugak sebab takut tertinggal ibadah yang kita nak buat dalam bulan Ramadhan kali ini. Tapi bila dah tinggal beberapa hari je lagi, ditambah dengan kehangatan raya yang bakal tiba nanti, jadi dah mengenepikan kehangatan bulan barakah yang belum berakhir ini, yang sepatutnya kita kejar dan berusaha segigihnya nak dapatkan ganjaran berlipat kali ganda. Harapnya tiada yang terlupa atau terleka dengan kemeriahan sambutan raya. Jadi masa yang masih berbaki ini, marilah kita menggandakan amal. Jom! :)
Don't change yourself only for Ramadan, but change yourself for your entire life.
No comments:
Post a Comment