"Sesungguhnya Allah SWT tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang dikerjakan dengan penuh ikhlas kepada-Nya dan ditujukan hanya kepada-Nya semata-mata."
[Riwayat An-Nasa'i]
Sukar untuk kita menjadi hamba yang ikhlas dalam segala amalan, kerana keikhlasan membabitkan hati. Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati manusia. Hati ini bukan milik kita tetapi milik-Nya, yang mampu menguasai hati manusia. Jadi, ikhlas itu juga adalah rahsia Allah dengan hamba-Nya. Malaikat yang hampir kepada Allah pun tidak mengetahui rahsia ikhlas manusia, malah syaitan tidak dapat mencuri maklumat mengenai rahsia keikhlasan. Syaitan juga susah dan takut hendak mendekati orang yang ikhlas dalam mencari keredhaan Allah.
Kalau mahu mengetahui kedudukanmu di sisi Allah, maka perhatikan sejauh mana engkau membesarkan Allah di hatimu. Yakni dalam mentaati dan bersegera menunailan segala suruhan-Nya dan juga menjauhi larangan-Nya dan keikhlasan dalam menunaikan perintah-perintah tersebut.
Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.

salam. sakinah.
ReplyDeleterindu sangat nak cuti 4bulan,
berkepit dgn nti.. tehe.
nawal :)
ReplyDeleterinduu jugee. rinduu nak berprogram bersama. hee