Saturday, December 31, 2011

Of 365 days.

Bila esok akan mula memasuki tahun baru, ramai yang akan menulis sesuatu (terutama blogger) pada hari ini sebelum berakhirnya tahun yang bakal kita tinggalkan. A lot of things happened that sometimes we cannot remember them well. So many ups and downs. All the bitters and sweets in life. Actually I wanted to write about all of them, really. I always had the thoughts of writing about them at the back of my mind.  Malangnya, saya memang tak pandai menulis. Serius, tak pandai susun ayat. Tak pandai nak karang ayat yang baik buat tatapan pembaca. Kadang-kadang nak bercerita atau berkongsi sesuatu, susah sangat nak keluarkan dengan lisan. Sebab saya jenis yang tak banyak cakap? Err agak pendiam? Mungkin juga. But hey, deep inside my heart, I really really want to express my feelings and share anythings with others. Takpelah, biarlah ia tersimpan sebagai memori dan kenangan dalam hati.  Siapa yang tak suka bercakap, betul tak? hehe. Cuma biasanya, bila Allah beri kekuatan dan ilham, insyaAllah saya dengan mudah dan senang hati berbicara serta berkongsi cerita (now I realized). Rasanya semua pun macam tu. Mungkin sebab nak menjaga mulut daripada tersalah kata dan menyakiti hati orang lain, kan? Harapnya. Jadi, saya nak memohon maaf andai selama saya menulis ni, ada yang terkasar bahasa atau tersilap kata atau tersalah info atau sebagainya yang mungkin kurang menyenangkan pembaca untuk membacanya. Maaf atas segala khilaf dan silalah beri teguran untuk kebaikan. Terima kasih, moga Allah memberkati :)

Okay, selingan. Cuma, nak refresh apa yang dah berlaku sepanjang tahun ni walaupun banyak yang dah tak ingat. hehe. Secara ringkas. Januari, semester 4. Kehidupan mula berubah jika nak dibandingkan semester yang dulu. Membuat persiapan dan sediakan bekalan untuk sesi praktikal untuk semester hadapannya. Jun, semester 5. Kehidupan semakin bertambah berubah. Menjalani praktikal selama 5 bulan lebih. Banyak benda yang saya dapat. Ramadan dan syawal disambut di rumah. wee! November, semester 6. Kehidupan semakin berubah. Pengalaman mematangkan diri, ilmu makin bertambah. Alhamdulillah, tahun ini juga diberi kesempatan mengikuti beberapa aktiviti tarbawi dan pengisian rohani bersama rakan seperjuangan. Usrah, rehlah, berprogram, daurah, etc. Harapnya ukhuwwah yang terbina dan tarbiyyah dalam diri semakin teguh seiring dengan usia kita yang semakin meningkat dewasa ini. Aminn.

Alhamdulillah! Kita sampai hari ke 365 untuk tahun 2011. Thank you Allah! I am grateful for every chance I have. A chance to live on in this earth. Syukur, kita masih lagi dipinjamkan nyawa, bernafas dengan sempurna dan diizinkan oleh-Nya untuk hidup. Bakal melangkah hari pertama untuk tahun 2012. Tanamkan azam baru, betulkan niat, pasang cita-cita dan tentukan semula matlamat kita hidup. People will change. And please do change to be a better person! Personally, there are lots of things that I need to change. From bad to good, from good to better. I've too wasted my time in my 2oth year. Sometimes, I even did not understand myself, I was confused by myself. Why I still have all those 'karat' jahiliyyah inside? Why I still feel so weak and seem like I've no guidance in life? Why I still did the same mistakes even I always reminded myself? Astagfirullah T_T. I'm trying so hard, really struggling with my best (so ni pun termasuk dalam senarai azam). Tahun baru hijrah dah sebulan berlalu. Tapi masih belum terlambat untuk mula berubah pada tahun baru masihi ini. Dah taknak habiskan usia muda dengan sia-sia lagi. Nak penuhkan dengan perkara bermanfaat, tambah ilmu, jaga amal dan mantapkan iman, insyaAllah. If anything, I must rely on Him. I must seek the strength from Him. Hanya dengan Allah sahaja yang Maha Memberi Pertolongan. Perjalanan masih jauh. Banyak lagi urusan yang belum selesai. Seboleh mungkin, untuk pelajaran, saya nak naikkan semula graf keputusan peperiksaan yang sememangnya jatuh setiap semester. Nak bantu dan berikan sumbangan kepada agama dan masyarakat. Sebab selalu terfikir, selama hidup ni, adakah saya sudah menyumbang sesuatu yang berguna, terutama untuk Islam? T_T. Ingat, tanggungjawab dan tujuan asal kita di muka bumi! Kena didik sabar, ithar dan ikhlas dalam diri (sakinah!). Last, time is too precious. Masa itu sangat-sangat berharga. Tiap detik dan saat, biarlah bermanfaat. Moga Allah permudahkan segala urusan kita pada tahun baru ni. May we be blessed with an abundance of love and joy for the next 365 days :)


"If Allah knows (any) good in your hearts, He will give you (something) better than what was taken from you."
[8:70]

No comments:

Post a Comment