Rindu nak menulis. Tapi hilang kata-kata. Tak tahu apa yang ingin ditulis.
*Ting ting* tetiba ada ilham. hee :)
"...Dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat lehernya sendiri."
[Qaf, 50:16]
Dalam kesibukan, dalam kesempitan, mesti terasa sangat kepayahan dan kesusahan. Contohnya kita ambil dari segi pembelajaran. Ada 4 assignments yang perlu hantar pada hari Selasa termasuk presentations. Tapi Isnin malam baru nak selesaikan semuanya. Serabut? Stress? Sampai tak tahu nak buat kerja yang mana dulu? Blur tiba-tiba? Rasa macam nak skip satu hari tu. Tak nak pergi kelas. Tak nak buat langsung kerja tu. Tak tahu nak buat apa. Sebabnya, rasa tak yakin yang kita mampu siapkan semua tu dalam satu malam. Rasa menyesal sebab saat akhir baru nak buat. Rasa marah sebab selama ni banyak masa yang dibazirkan. Betul tak? Ditambah dengan perasaan 'takut' nak menghadap lecturer tu esoknya, jadi bertambah-tambahlah serabut. Hati tak tenang. Kepala mula pening, migrain pun boleh datang. haihh. Tapi kuasa Allah, tak ada yang mustahil. Dia yang beri ilham. Dia yang beri kekuatan. Dia yang beri kemudahan. Dia yang beri pertolongan. Alhamdulillah alhamdulillah, alhamdulillah! Berjaya juga tempoh hari tu dengan baik. Satu perasaan yang sangat lega dan emmm, tak terungkap dengan kata-kata. Okay 1 yang sangat terkesan, rasa SYUKUR. Syukur yang tak terhingga nikmat yang Allah beri ni. SANGAT NIKMAT yang tidak disangka-sangka. Bila fikir balik, semua yang Allah beri ni akan datang bila kita minta dengan bersungguh-sungguh dan meletakkan sepenuh pergantunggan pada-Nya. Dengan syarat kita usaha dan niat yang betul. Alhamdulillah, semakin terasa cinta-Nya buat hamba-Nya yang tak terhingga ini. Cuma saya? T_T Dia sangat dekat. Dia sangat mendengar. Dia sangat mengetahui apa yang ada dalam isi hati ni. Tapi saya? T_T Selalu lupa dan selalu buat dosa. Sedangkan Dia sangat teramat paling dekat dengan kita. Dia sentiasa memerhatikan kita. Dan Dia sentiasa menunggu-nunggu untuk kita kembali kepadaNya. Hanya air mata yang mampu mengalir bila mengenangkan segala apa yang Allah dah beri. Rasa macam tak layak. Serius, sangat bahagia! Nikmat itu ujian, kesusahan itu juga ujian. Dua-dua menjadikan diri lebih dekat dengan-Nya.
Sedang berusaha mengejar cinta-Nya, untuk meraih redha-Nya dan berharap agar sentiasa mendapat rahmat-Nya. Ya Rabb, bukakanlah pintu Hidayahku, thabatkanlah hatiku menuju Jalan-Mu serta limpahkanlah rahmat dan kasih sayang-Mu terhadap ku. Permudahkanlah segala urusan dan berkatilah segala amalan. Aminn.
Sedang berusaha juga menjalankan amanah amar makruf nahi mungkar. Ujian yang agak berat dan ianya sangat hampir dengan diri ini. Taknak rasa bersalah lagi pasal perkara macam ni. Takut nanti kat akhirat kawan-kawan tuntut saya tak pernah tegur atau tak pernah beritahu. Taknak lagi berdiam diri dan sekadar tegur dalam hati, tapi jarang terluah melalui mulut ni. Takut dosa bertambah. Memohon agar Allah berikan kekuatan untuk menegur. Memohon agar Allah menggerakkan hatinya dan berikan petunjuk. Dia seorang yang baik. Tak mahu guriskan hati dia walaupun pada hakikatnya, kita kena jugak tunjukkan perkara yang betul dan tegur mana yang salah. Kami sayang dia dan taknak dia jauh dari landasan. Ya Allah, bantulah dia, bantulah kami.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran
[Al Baqarah: 186]
No comments:
Post a Comment