Tuesday, March 6, 2012

Pra-G (Part 1)

Sedih dan sayu mengenangkan saat-saat perpisahan setelah 3 tahun bersama kawan-kawan. Pahit manis suka duka selama 6 semester. Selama ni tak pernah kenal, daripada latar belakang berbeza dan tempat yang berlainan. Alhamdulillah, tahun akhir ini menjadikan hubungan semakin akrab dan rapat. Mana-mana pergi pasti bersama. Setiap semester beraktiviti bersama. Kenangan yang sangat banyak dan takkan dapat dilupakan. Semester akhir ni saja, koleksi gambar hampir mencecah 15GB. Wuuuhooo banyak bebenor bergambar. 14 minggu rasa macam sekejap je. Ingat lagi, hari pertama kelas untuk sem 6 ni, terus dapat kumpulan untuk final year project, dapat assignment. Kemudian hari-hari dan minggu-minggu seterusnya, dengan tak cukup tidur, tak cukup rehat, tak sempat nak tidur, tak sempat nak makan. Semata-mata nak siapkan assignment dan fyp. Paling taknak lupa, semester ni, hampir semua assignment bergantung pada budak lelaki. Serius. Bila fikir balik, haihhh apeke teruk budak perempuan. Biasanya budak perempuan yang lagi rajin, kan? Ni terbalik pulak. Hehe. Terima kasihlah atas segala kerjasama dan bantuan. Ini namanya saling tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain. Tak gitu? Nampaknya tinggal beberapa hari sebelum meninggalkan semester akhir. Selepas ni mungkin akan ada yang terus kerja dan sambung degree. Sayang semua ♥ dan bakal merindui saat-saat kita bersama ini. InsyaAllah, panjang umur ada rezeki kita jumpa lagi dalam industri. Good luck untuk final exam. Buat yang terbaik untuk semester ni :)


No comments:

Post a Comment