Tuesday, January 15, 2013

Usaha.

"....dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya (keperluan). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."

[Surah At-Talaq: 2-3]

Highlight "bertaqwa dan bertawakal", dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, dan kemudian berserah kepada-Nya. InsyaAllah, Allah akan bantu. Lagi dengan yang tidak disangka-sangka. Wahhhh! Contoh paling dekat, peperiksaan. Kita dah usaha pulun sehabis sebaik mungkin, tetapi hakikatnya bukannya itu yang menentukan kejayaan kita yang sebenar. Padahal Allah yang berkuasa menentukan apa yang Dia nak bagi untuk kita. Mungkin sampai terlupa, tawakal dan keyakinan kepada Allah itupun satu usaha yang kita kena buat. Bukannya setakat usaha siang malam tak kira waktu baca buku dan buat latihan, tetapi hablu minna Allah tak jaga. Dan tak boleh juga, "Okey kita dah usaha sebaik mungkin masa jawab peperiksaan, kita tawakal je pada Allah. Tetapi tak buat pun apa yang disuruh dan makin buat apa yang dilarang". Macam mana tu? Jadi, kita kenalah seimbangkan kedua-duanya. Kalau kita nak mintak dengan Allah, insyaAllah Allah tu Maha Mendengar dan Pemurah untuk memperkenankan segala permintaan kita. Dengan syarat, kenalah taat dengan perintah-Nya. Moga Allah redha dan berkati segala usaha kita.


#Kerisauan mengenai peperiksaan berkurang, bila ditambah dengan keyakinan pada Allah. Kita usaha dan berserah seluruhnya kepada Allah. Apapun keputusan yang bakal diterima nanti, dah itu rezeki untuk kita dan redha. Mengharapkan kejayaan yang terbaik yang Allah akan beri. Amenn ya Rabb! :)

No comments:

Post a Comment