Setiap semester, setiap subjek, setiap soalan peperiksaan ada jumpa ini, "Why construction is unique?" iaitu mengapa pembinaan adalah unik? Terfikir, kalau ikutkan teori dan praktikal memang ada banyak jawapan. Contohnya kerana setiap projek adalah berbeza, dunia pembinaan itu yang kompleks, yang melibatkan ramai pembina, proses berlaku tidak seperti yang dijangka dan sebagainya. Namun jika kita lihat dari satu sudut yang lain sebenarnya,
Dengan binaan..
Memang kerja membina ni selalu tak dapat nama, tak glamour mana tetapi bila bangunan dah siap, si pembina bangunan itulah yang paling berpuas hati dengan hasilnya. Begitu juga buruh binaan, bila sesuatu bangunan dah siap, yang dipuji tu arkitek, kontraktor dan juga pemaju bangunan itu walhal bukan buruhnya yang kita ingat. Buruh tetap buruh tetapi selepas selesai satu binaan, mereka akan buat binaan yang lain pula kerana mereka golongan yang bekerja keras.
Dengan ciptaan..
Betapa ramai orang di luar sana yang begitu kagum dengan ketinggian bangunan berbanding kagum dengan cara Allah mengatur daya angin tidak boleh menghancurkan bangunan pada ketinggian melepasi biasa. Betapa ramai orang di luar sana kagum dengan penciptaan kenderaan paling pantas berbanding kagum dengan cara Allah menjadikan kenderaan itu bergerak dengan izinNya?
Moga menjadi mission-man yang ikhlas, membawa insan kepada mengenali Allah dalam ciptaan benda dunia. Aslih nafsak wad'u ghairak. Togetherness. [61:4]
No comments:
Post a Comment