70:5
Kesabaran yang elok ialah kesabaran yang tenang tenteram, kesabaran yang tidak disertai perasaan-perasaan marah dan gelisah dan tidak pula disertai rasa ragu-ragu terhadap kebenaran janji Allah. Kesabaran orang yang yakin terhadap akibat-akibat, kesabaran orang yang rela dengan takdir Allah, kesabaran orang yang menyedari hikmat disebalik ujian Allah dan kesabaran orang yang sentiasa berhubung dengan Allah dan mencari pahala di sisi-Nya dari apa sahaja kesusahan yang menimpa dirinya.
Inilah warna kesabaran yang wajar dipunyai dan diperlukan untuk dakwah.
Surah Al-Ma'arij
Tafsir Fi Zilal
No comments:
Post a Comment