Sunday, May 17, 2009

Bagi orang mukmin..

Ilmu adalah penyuluh hidupnya
pengalaman adalah pengajaran, iktibar dan penasihatnya
takutnya kepada Tuhan adalah pengawal diri
sabar adalah perisai hidupnya
redha dengan Tuhan kerana baik sangka kepada Tuhannya
tawakal adalah harapan masa depan.
Solat adalah pembaharuan ikrar dan syahadah serta membersihkan jiwa daripada mazmumah
membaca Al-Quran adalah hiburan dan juga perbualan dangan Tuhan Pencipta Manusia.
Selawat adalah penyejuk dan pelembut hatinya
Doa dan permintaannya kepada Tuhan tanda dia hamba.
hamba adalah hina dan lemah, memerlukan pertolongan Tuhannya.
Begitulah peranan sesetengah daripada sifat-sifat mahmudah, juga sesetengah daripada peranan mendirikan solat..


“ Tunjangkan keresahan di dada solat
Himpunkan keperitan di genggaman doa
Tutupi kekecewaan dengan taqwa
Nilailah kesucian diri dengan keikhlasan hati..”

No comments:

Post a Comment