Sunday, May 17, 2009

Hidup??Kenangan??



Hidup ini penuh dengan kenangan.
Yang mendewasakan kita adalah pengalaman.
Yang mematangkan kita pula adalah cabaran.
Pahit dan manisnya sukar dilupakan.
Kenanglah ia! Sayang sekali untuk dibuang.
Dimiliki dan disayangi serta dicintai menjadikan kehidupan ini sesuatu
yang cukup bermakna dan indah!!
Sesekali bukan diri tak pernah teruji..pernah kecundang, jatuh di tangga ’harapan’..dalam menginjak ke usia dewasa dan meneroka era matang.
Walaupun kita sedar masih ada nostalgia silam yang perlu diikat kemas buat tatapan hari esok..hidup perlu pandang ke hadapan.

”Ingatlah bahawa kita adalah manusia, bukannya mesin.
Adakalanya kita terkeliru, kebingungan, terlajak cakap yang akhirnya kita kesali.
Oleh itu mengakuilah kesalahan, ia akan buat kita dikagumi orang..”

No comments:

Post a Comment