Sunday, April 10, 2011

week 14 for 4th semester.

minggu ke-14 adalah minggu yang sangat getir. err betul tak 'getir' tu? *tak tahu nak lettak perkataan yang sesuai* tapi faham kan? maksud saya, memang minggu yang kemuncak kot sebab tu minggu terakhir kelas untuk semester 4 ni. kejap je dah nak habis. aisehh. memang sangat banyak presentations and tests! tengok ni,


QSD281: Test basement [11/4] and structural steel [15/4]
QSD282: Presentation piling works [12/4] and test [13/4]
QSD286: Test [15/4]
QSD288: coming soon [during study week]
QSD289: Presentation and test [13/4]
ETR300: Mok presentation [12/4] and Final presentation [18/4]


fuhh. lepas habis minggu ni, terus masuk minggu final exams. macam biasa, bila dah banyak macam ni boleh jadi sampai tak tahu nak belajar yang mana dulu. adoyai, macam mana ni? semua belum cover langsung lagi. grrr. saya assumed dah macam finals pun. so bila dah sibuk ni, macam-macam symptoms ada. contohnya,



# ibadah makin banyak sebab masa inilah kita nak makin dekat dengan DIA
* daripada KURANG rajin menjadi BERTAMBAH rajin
# diri akan jadi lebih EMO dan terlalu ikut perasaan
* perut sentiasa minta untuk diisi
# stock makanan memang cepat habis
* bilik makin bersepah *alasan tak sempat kemas [?]*
# badan akan rasa macam tak sihat. seram sejuk je rasanya
* menggelabah!
# sila tambah sendiri ;)


dah adat sebagai pelajar, memanglah. banyak lagi sebenarnya dan ianya bergantung pada diri masing-masing sebab manusia berbeza. jadi terpulang pada diri masing-masing juga untuk menangani segala symptoms atau masalah dengan bijak. kita kena yakin yang Allah tidak menilai sesuatu pada hasil tetapi pada usahanya. gandakan usaha, banyakkan doa. bagi yang nak tebus balik zaman kejatuhan tu, bangkit dari kesilapan sebab sekali kita gagal tak bermakna kita akan gagal selamanya. tu hanyalah ujian di mana Allah nak tengok sejauh mana tahap syukur dan redha kita pada keputusanNya. kita kena percaya yang apa yang kita dapat tu terbaik untuk kita. tak selamanya kita akan duduk di zon yang selesa. bila dah pernah jatuh, sekurang-kurangnya kita sedar yang selama ni kita leka terhadap Dia dan Dia sayangkan kita *terharu. Allah Maha Penyayang terhadap hambaNya, kita pula? T_T* jadi kat sini, kita betulkan niat balik. kita belajar bukan untuk lulus atau dapat anugerah dekan semata-mata, tapi untuk apa? tepuk dada tanya iman :)


A wrong deed which you regret in your heart is thousand times better than the good deed that makes you feel Proud
[Ali R.A]


please don't get wrong. bukan nak mengeluh cuma peringatan untuk diri yang hampir mengeluh. plus, just a something to share with other readers *mereka yang sudi, terima kasih*. yet i know, semua orang busy. semua orang menghadapi benda yang sama cuma bidang yang berbeza. and i believed that there are some people that have to encounter hardest things in their life. so for that reason, i really respect on you. good luck and may Allah ease you in everything. aminn.



p/s: minta ampun minta maaf pada classmates, terutama groupmates. janganlah takut kat sakinah ni. kadang-kadang tergarang sikit je. takde niat nak marah pun. tambahan, tak perlu nak segan sangat, saya bukan malaikat :)

No comments:

Post a Comment