Tuesday, March 27, 2012

Terlupa ke?

Kadang-kadang kita terlupa, 

dek kerana terlalu risau dan sedih tak dapat jawab soalan exam dengan baik, akan ada perasaan yang sangat 'down', hilang semangat dan merasakan diri akan dapat keputusan yang kurang baik, tidak seperti yang diharapkan. Sampai terlupa, sebenarnya ada juga soalan yang mampu kita jawab dengan baik, berkat darpada pertolonganNya. Daripada tak dapat jawab langsung, kan? Ada ucap Alhamdulillah tak? Jangan lupa juga, selain usaha sebelum exam, ada usaha selepas exam sebelum dapat keputusan yang rasmi, iaitu DOA. Senjata paling mujarab tu!


"dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."
[At-Talaq:3]

Alhamdulillah..
Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah..



p/s: Memang terasa SANGAT DOWN sebab tak dapat jawab soalan. Rasa macam harapan nak dapat yang bagus tu jauh T__T  Tetapi, terus tersedar bila terbaca ayat ini kat status FB. Terima kasih Muna! Mana tahu kuasa Allah, betul tak? 

No comments:

Post a Comment