Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah :)
Selesai kertas terakhir untuk semester yang terakhir pada hari terakhir, 31/3/2012. Bermakna berjaya menamatkan pengajian selama 3 tahun untuk diploma ni, insyaAllah. Sedih tinggalkan Perak dan berpisah dengan kawan-kawan. Kertas habis petang, malam tu jugak ada buat aktiviti terakhir, sekadar makan-makan bersama sebelum berpisah. Sobs sobs. Tapi perjuangan belum selesai, ada lagi yang lebih mencabar menanti. Misi buat masa ni adalah menghabiskan masa lebih kurang 5 bulan sementara untuk ke degree nanti dengan mempraktikkan apa yang dah dipelajari selama ni. Err praktik? Kerja kerja kerja! Walaupun taknak dan belum bersedia, kena paksa diri jugak (tu pun ayah paksa). Kalau tak, kita tak tahu setakat mana kemampuan dan kefahaman kita selama ni dalam industri, betul tak? (saja nak sedapkan hati. huu) Doa banyak-banyak sakinah, moga Allah permudahkan segalanya dan juga Allah berikan yang terbaik untuk keputusan peperiksaan nanti, insyaAllah ameen. No worries, please!
p/s: Takut dan seram sikit je. Oh realiti! Emm agak-agak orang percaya tak kita ni dah grad dan berumur 21 tahun? Rasa rendah diri sangat, terasa makin rendah pula dengan diri yang sedia rendah ni. hee lame ~ Learning process never end!
No comments:
Post a Comment