Matang adalah apabila
seseorang itu mampu mengenali Allah, mengetahui matlamat hidupnya dan
tanggungjawab dia berada di dunia. Seterusnya dia bergerak bersungguh-sungguh
ke arah memenuhi tuntutan kehidupannya sebagai hamba Allah dan pentadbir muka
bumi ini.
Maka, untuk
mereka yang mampu mencapai kematangan ini, mereka menjadi satu susuk tubuh yang
punya disiplin, punya akhlak, punya ketegasan, punya pertimbangan dan punya
kekuatan bagi mengharungi kehidupan.
Kematangan
adalah perkara yang membuatkan kita belajar, mencari ilmu dengan
bersungguh-sungguh, rasa kurang, rasa merendah diri dan rasa mahu memperbaiki
kesilapan. Justeru, ia adalah perkara yang membuahkan rasa lapang dada, rasa tolak ansur dan rasa
tenang ketika berhadapan masalah.
Muhasabah..
Sumber; HA
Berusaha
Mencapai Mampu
No comments:
Post a Comment