Mungkin selama ini, kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padamu.
Limpahan nikmat yang kau perolehi jarang sekali kau syukuri, bahkan kau tambahi dengan keluhan.
Nanges.
Bila kita minta untuk sesuatu itu dipermudahkan, atau minta diri kita diberi kekuatan untuk menempuhinya, Allah takkan senang-senang jadikan ia mudah dan terus jadikan kita kuat. Akan ada ujian, yang Allah mahu kita kutip mutiara-mutiara seperti yang diminta itu secara tidak langsung. Walaupun ujian itu hanyalah sangat sikit dan kecil jika dibandingkan dengan orang lain yang lagi hebat dan mungkin tak tertanggung rasanya untuk diri ini. Bila dah terkena, barulah nak sedar, barulah nak insaf. Perlu lebih yakin dengan kebergantungan dengan Allah, istiqamah dalam setiap amalan dan tawakal sepenuhnya pada Dia. Ketahuilah Allah sentiasa memerhat dengan pandangan kasih sayang.
Err dah banyak kali ulang benda yang sama. Diri ini sangatlah sentiasa lupa dan alpa T.T
Selama ini rasa gagah je kan. Setelah apa yang dilalui semalam dan hari ini, Alhamdulillah berjaya menghadapi serta selesaikan sendiri, seorang diri, jadi sangatlah merasai bahawa semuanya kerana Allah yang bantu. Biiznillah :')

Moga sentiasa sihat dan kuat, baik dari segi fizikal dan juga iman.
D329, Pantai, KL
*Kebetulan sedang berhadapan pula dengan aunty yang baru meniti kematian.
Seram sejuk insaf terus ingat Tuhan. Allahu*
D329, Pantai, KL
*Kebetulan sedang berhadapan pula dengan aunty yang baru meniti kematian.
Seram sejuk insaf terus ingat Tuhan. Allahu*
No comments:
Post a Comment